Monday, August 25, 2008

Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab

Internet yang digunakan oleh khayalak ramai dikenali sebagai jaringan komputer. Kita dapat memanfaatkan pengiriman pesan atau surat. Kita juga boleh membuat kajian melalui internet. Internet juga bukan sahaja digunakan sebagai membuat kajian dan mengirim pesanan atau surat tetapi internet juga terdapat permainan-permainan yang dapat menghilangkan tekanan seseorang individu. Malahan ada yang menyalah gunakan penggunaan internet.
Ada beberapa cara-cara seorang individu dapat menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab. Pertama, ketika seorang individu menggunakan internet beliau tidak boleh menyalah gunakan internet tersebut dengan melungsuri tempat-tempat yang tidak berfaedah seperti lelaman-lelaman yang dapat meracuni fikiran hingga mahu membuatkan nyata.

Friday, July 25, 2008

Kijian

Menurut kajian,

cara bermain congkak




Cara bermain congkak ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan itu diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu pula boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Tuesday, July 15, 2008





Masa saya kecil-kecil dahulu, saya amat gemar bermain congkak dengan ibu saya. Kalau tidak ibu saya, saya akan bermain congkak itu dengan abang saya ataupun sesiapa sahaja. Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Keluarga saya menggunakan biji guli untuk buahnya. Permainan congkak ini sangat seronok jikalau anda tahu bagaimana cara permainannya. Cara permainannya senang sahaja. Hmm. Saya amat merindui masa saya bermain congkak dengan keluarga saya. Sekarang bila hendak main congkak sahaja sudah tiada masa lagi. Sibuk dengan sekolah lah katakan. Haiz.

Wednesday, July 2, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008


Congkak

Congkak mempunyai saiz yang berbeza.Congkak diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang yang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan di antara satu sama lain yang dinamakan kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar yang dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Monday, June 30, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008

Perasaan & Reaksi
Pada hari ini, Cikgu menyuruh semua pelajar melayu membuat blog. Saya rasa amat terkejut kerana Cikgu memberitahu kami secara tiba-tiba dan kami harus menghasilkan kerja itu pada hari itu juga.Pada pendapat saya, blog ini ialah satu diari seseorang tetapi ia boleh dibaca oleh orang ramai. Tujuan kami membuat blog ini kerana kami semua harus memasuki pertandingan blogging. Pertandingan ini tentang permainan tradisional. Hingga sekarang, saya tidak begitu berminat dengan blog. Argh! Saya tiada pilihan lain. Waduh. Pening kepala gwe. Haiz. Saya ni dah tkde computer , beh sibuk bekerja. Waduh. saya mahu bende ini selesai secepat mungkin. ARGH!