Tuesday, April 21, 2009

Biar beradab, terutama di tempat awam

1) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh orang awam apabila mereka berada di dalam situasi yang sama seperti Joyah ?

2) Apakah peranan pemerintah dalam hal ini ?

3) Siapakah yang patut dipersalahkan dalam situasi begini ?




Kita sering dapat melihat pasangan, tanpa segan silu,berpeluk-peluk, berciuman dan saling meraba-raba di antara mereka. Perbuatan ini terutama sekali sering dilihat di MRT tetapi kita tidak sedari bahawa perbuatan ini boleh dilihat di mana-mana pengangkutan awam.
Kebanyakkan orang selalu salahkan pasangan itu kerana berkelakuan begitu tetapi tidak sahaja pasangan itu harus dipersalahkan, malah orang-orang awam juga patut dipersalahkan kerana jika mereka telah memerhatikan perbuatan tersebut, mereka patut menegur ataupun mengambil tindakan supaya pasangan itu berhenti. Jika mereka tidak menegur, mereka seolah-olah menggalakkan perbuatan dan pasangan yang berkelakuan tersebut.
Namun, orang-orang awam patut menegur pasangan yang berkelakun demikian. Orang awam boleh mengambil langkah-langkah seperti menegur dengan menepuk bahu ataupun memanggil sahaja. Orang-orang awam tidak seharusnya memekik atau memalukan mereka kerana mereka tentu akan berhenti selepas ditegur akibat rasa malu.
Selain orang-orang awam, pemerintah juga boleh mengambil peranan. Pasangan-pasangan yang sering berpelukkan terjatuh pada golongan remaja-remaja hari ini. Pemerintah boleh menjalankan kursus ataupun menberi ceramah di sekolah-sekolah.
Dengan meletakkan papan tandn ia agak memalukan jika dilihat oleh warga-warga asing kerana mereka akan berfikiran negatif tentang negara kita. Mereka boleh mengatakan bahawa negara kita tidak sosial kerana pada mereka berpeluk,bercium dan meraba-raba di pengangkutan awam itu adalah normal bagi negeri mereka. Oleh sebab itu, mereka akan memikirkan ini peranan yang 'tidak patut' dilakukan.