Tuesday, July 28, 2009

Teknologi merangsang kehidupan manusia hari ini. berikan pendapat kamu .

Teknologi adalah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan & perniagaan. Ia adalah kaedah atau proces menangani sesuatu masalah teknikal. teknologi boleh datang dari segi komunikasi, pengangkutan, informasi &juga hiburan. Teknologi ini menimbulkan perkembangan dalam kehidupan seseorang individu, ahli keluarga serta masyarakat amnya pada zaman moden ini. Namun ada juga teknologi yang memudaratkan kerana terdapat individu yang menyalah gunakan teknologi itu sendiri.
Dengan terhasilnya teknologi informasi seperti komputer riba ataupun telefon bimbit, kehidupan individu kini lebih berfaedah. Kita boleh mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga yang sedang berada di luar negeri. Ia juga boleh memudaratkan kerana dengan adanya telefon bimbit, individu akan membuang masa pada hal-hal yang tidak penting & mungkin akan mempengaruhi para individu tersebut.
Dari segi hiburan pula, masyarakat boleh membuat kajian berbanding pada topik mereka. Tetapi dengan adanya leleman internet, individu boleh melungsuri lelaman-lelaman yang tidak enak ataupun membuang masa dengan bermain komputer & membuat kerja masing-masing. Oleh itu individu boleh mula mengenalkan lelaman itu pada teman-teman mereka & langsung pada masyarakat .
Dengan adanya teknologi, hubungan antara keluarga terdekat kini semakin renggang kerana sering meluangkan masa pada pengaruhan yang tidak berfaedah. Hubungan antara satu sama lain tidak seperti dulu jikalau asyik dengan pengaruhan ini.
Justeru, saya setuju dan juga tidak setuju kerana adanya teknologi, merangsang kehidupan tetapi jikalau individu itu menyalah gunakannya, maka ia mendatangkan sesuatu yang boleh memudaratkan.