Masa saya kecil-kecil dahulu, saya amat gemar bermain congkak dengan ibu saya. Kalau tidak ibu saya, saya akan bermain congkak itu dengan abang saya ataupun sesiapa sahaja. Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Keluarga saya menggunakan biji guli untuk buahnya. Permainan congkak ini sangat seronok jikalau anda tahu bagaimana cara permainannya. Cara permainannya senang sahaja. Hmm. Saya amat merindui masa saya bermain congkak dengan keluarga saya. Sekarang bila hendak main congkak sahaja sudah tiada masa lagi. Sibuk dengan sekolah lah katakan. Haiz.
Tuesday, July 15, 2008
Wednesday, July 2, 2008
Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008

Congkak
Congkak mempunyai saiz yang berbeza.Congkak diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang yang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan di antara satu sama lain yang dinamakan kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar yang dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Monday, June 30, 2008
Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008
Perasaan & Reaksi
Pada hari ini, Cikgu menyuruh semua pelajar melayu membuat blog. Saya rasa amat terkejut kerana Cikgu memberitahu kami secara tiba-tiba dan kami harus menghasilkan kerja itu pada hari itu juga.Pada pendapat saya, blog ini ialah satu diari seseorang tetapi ia boleh dibaca oleh orang ramai. Tujuan kami membuat blog ini kerana kami semua harus memasuki pertandingan blogging. Pertandingan ini tentang permainan tradisional. Hingga sekarang, saya tidak begitu berminat dengan blog. Argh! Saya tiada pilihan lain. Waduh. Pening kepala gwe. Haiz. Saya ni dah tkde computer , beh sibuk bekerja. Waduh. saya mahu bende ini selesai secepat mungkin. ARGH!
Subscribe to:
Posts (Atom)