Sejak kecil lagi, saya mempunyai dua sahabat. Apa saja yang saya lakukan ataupun hendak kemana-mana pasti kami bertiga. Saya mula mengenali mereka sejak saya di bangku sekolah. Waktu itu, saya keseoarangan. Saya tidak mengenali sesiapa pun. Itulah nasib jika baru sahaja hendak bermula zaman persekolahan. Mereka berdua menuju ke arah saya dan mengajak saya untuk duduk bersama dengan mereka.
Masa berlalu dengan begitu pantas. Kami bertiga pun mula untuk menjejaki peringkat sekolah menengah. Kami bertiga begitu rapat sehingga ibu dan bapa kami tahu kami pasti bersama-sama. Keluarga kami hampir-hampir serupa. Keluarga kami berkemampuan sedarhana, tidak begitu susah atapun senang. saya sangkakan mereka berdua sahabat saya tetapi jangkaan saya salah. Salah satu daripada sahabat saya bernama Nana mula untuk menjauhkan diri dari kami. Kami berdua sangat hairan. Pada ketika itu bapa saya jatuh sakit dan keluarga saya agak susah. Setiap hari, Athirah, sahabat saya akan menemani saya. Dialah tempat saya mengadu dan tempat saya menangis. Kami kurang pasti mengapa Nana menjauhkan diri. Walaupun masalah keluarga saya masih belum selesai, saya dan Athirah bersungguh-sungguh mencari Nana tetapi gagal. Hanya Athirah sahaja yang bersama saya ketika itu. Kami lalui susah dan senang bersama.
Masalah keluarga saya agak kekurangan. Nana kemudian hadir kembali dan meminta maaf kepada kami. Kali ini sikap Nana berlainan. Kata-katanya mula meracuni fikaran saya. Saya mula merasa benci pada diri Athirah. Walaupun sikap saya begitu, dia tidak memutus asa terus mencari saya. Saya langsung tidak ambil peduli tentang dirinya. Saya meluangkan masa saya bersama Nana dan langsung tidak ingat akan Athirah. Dia sanga sedih dengan perbuatan saya dan lantas berjumpa ibu bapa saya. Sekarang saya baru sedar apa erti persahabatan. Saya tidak tahu bahawa Nana begitu kejam. Semasa saya bersama dengannya, dia cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan segala rahsia saya. Dia telah meracuni fikiran saya untuk membenci Athirah. Selama ini Athirah sahaja yang bersama saya dalam keadaan susah dan senang.
Sunday, February 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment