Thursday, February 12, 2009

Melestarikan Budaya
Warisan Bangsa
Remaja hari ini masih ingin mengekalkan budaya warisan bangsa Melayu mereka . Berikan pendapat kamu .

Perkataan buday itu daripada perkataan sanskrit buddayah . la merupakau kata jamak bagi perkataan buddhi , yang bermaksud budi pekerti dan akal . Warisan pula merupakan harta peninggalan ataupun harta puska . la peninggalan yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa . Di dalam esei ini , saya akan membincangkan bagaimana budaya itu dapat dikekalkan . Budaya yang akan diketengahkan dari segi kesenian , peradaban dan bahasa .

Dari segi bahasa , orang-orang melayu tidak hanya mempunyai satu bahasa iaitu melayu tetapi ada juga behasa seperti kata-kata hikmah ataupun perbahasa . Kedua-dua bahasa ini hampir-hampir serupa keraua ia sebernarnya ingin memberitahu ataupun menegur seorang individu itu sebagi kiasan . Ada kata-kata hikmah seperti jangan mengalin tempat makan nanti kekasih dikebas orang tetapi kenyataannya ialah la untuk mengalakkan makan berkecaran . Kata-kata hikmh ataupun peribahasa mula hadir pada zaman neuek kita dan masih dikekalkan pada rewaja kita kevana bila di usia yang sangat muda , kita lebih takut dengan contoh , kehilangan ibu bapa atau apa pun . Justeru , nenek-nenek kita membuat itu sebagai suatu kejutan supaya kita tidak meruburat apa yang tidak patut

Dari segi peradaban pula , sikap hormat-menghormati ataupun kunjung-mengunjungi ialah satu adat yang baik . Para remaja ataupun berusia yang lebih muda bersalam mencium tangan untuk menunjukkan tauda hormat dengan yang lebih dewasa . Sikap kumjung mengunjungi pula tidak dilakukan oleh para remaja sahaja tetapi sesiapapun tentang kunkung-mengunjnugi nutuk mengeratkan lagi silaturahim . la tidak hanya dilakukan pada hari-hari istimewa malahan pada bila-bila masa sahaja . Para remaja lebih popular kunjung-mengunjuugi teman-teman . Dengan cara begitu mereka mash ingin mengekalkan perhubungan yang baik antara satu sama lain .

Banyak lagi yang berkata bahawa reuuja telah menamatkan budaya melayu . Tetapi budaya warisan melayu mereka . Ada juga meminati perseniah dan segi tarian , dikir barat dan sebagainya . Remaja masih ada baket-baket terpeudam tetapi mereka tidak berpeluang untuk menunjukkan bakatnya itu . Mereka tidak lupa akan budaya melayu mereka yang hebat-hebat belaka

Sunday, February 1, 2009

Erti Persahabatan

Sejak kecil lagi, saya mempunyai dua sahabat. Apa saja yang saya lakukan ataupun hendak kemana-mana pasti kami bertiga. Saya mula mengenali mereka sejak saya di bangku sekolah. Waktu itu, saya keseoarangan. Saya tidak mengenali sesiapa pun. Itulah nasib jika baru sahaja hendak bermula zaman persekolahan. Mereka berdua menuju ke arah saya dan mengajak saya untuk duduk bersama dengan mereka.

Masa berlalu dengan begitu pantas. Kami bertiga pun mula untuk menjejaki peringkat sekolah menengah. Kami bertiga begitu rapat sehingga ibu dan bapa kami tahu kami pasti bersama-sama. Keluarga kami hampir-hampir serupa. Keluarga kami berkemampuan sedarhana, tidak begitu susah atapun senang. saya sangkakan mereka berdua sahabat saya tetapi jangkaan saya salah. Salah satu daripada sahabat saya bernama Nana mula untuk menjauhkan diri dari kami. Kami berdua sangat hairan. Pada ketika itu bapa saya jatuh sakit dan keluarga saya agak susah. Setiap hari, Athirah, sahabat saya akan menemani saya. Dialah tempat saya mengadu dan tempat saya menangis. Kami kurang pasti mengapa Nana menjauhkan diri. Walaupun masalah keluarga saya masih belum selesai, saya dan Athirah bersungguh-sungguh mencari Nana tetapi gagal. Hanya Athirah sahaja yang bersama saya ketika itu. Kami lalui susah dan senang bersama.

Masalah keluarga saya agak kekurangan. Nana kemudian hadir kembali dan meminta maaf kepada kami. Kali ini sikap Nana berlainan. Kata-katanya mula meracuni fikaran saya. Saya mula merasa benci pada diri Athirah. Walaupun sikap saya begitu, dia tidak memutus asa terus mencari saya. Saya langsung tidak ambil peduli tentang dirinya. Saya meluangkan masa saya bersama Nana dan langsung tidak ingat akan Athirah. Dia sanga sedih dengan perbuatan saya dan lantas berjumpa ibu bapa saya. Sekarang saya baru sedar apa erti persahabatan. Saya tidak tahu bahawa Nana begitu kejam. Semasa saya bersama dengannya, dia cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan segala rahsia saya. Dia telah meracuni fikiran saya untuk membenci Athirah. Selama ini Athirah sahaja yang bersama saya dalam keadaan susah dan senang.

Monday, August 25, 2008

Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab

Internet yang digunakan oleh khayalak ramai dikenali sebagai jaringan komputer. Kita dapat memanfaatkan pengiriman pesan atau surat. Kita juga boleh membuat kajian melalui internet. Internet juga bukan sahaja digunakan sebagai membuat kajian dan mengirim pesanan atau surat tetapi internet juga terdapat permainan-permainan yang dapat menghilangkan tekanan seseorang individu. Malahan ada yang menyalah gunakan penggunaan internet.
Ada beberapa cara-cara seorang individu dapat menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab. Pertama, ketika seorang individu menggunakan internet beliau tidak boleh menyalah gunakan internet tersebut dengan melungsuri tempat-tempat yang tidak berfaedah seperti lelaman-lelaman yang dapat meracuni fikiran hingga mahu membuatkan nyata.

Friday, July 25, 2008

Kijian

Menurut kajian,

cara bermain congkak




Cara bermain congkak ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan itu diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu pula boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Tuesday, July 15, 2008





Masa saya kecil-kecil dahulu, saya amat gemar bermain congkak dengan ibu saya. Kalau tidak ibu saya, saya akan bermain congkak itu dengan abang saya ataupun sesiapa sahaja. Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Keluarga saya menggunakan biji guli untuk buahnya. Permainan congkak ini sangat seronok jikalau anda tahu bagaimana cara permainannya. Cara permainannya senang sahaja. Hmm. Saya amat merindui masa saya bermain congkak dengan keluarga saya. Sekarang bila hendak main congkak sahaja sudah tiada masa lagi. Sibuk dengan sekolah lah katakan. Haiz.

Wednesday, July 2, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisional 2008


Congkak

Congkak mempunyai saiz yang berbeza.Congkak diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang yang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan di antara satu sama lain yang dinamakan kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar yang dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.